.

KEKAL CANTIK DAN SIHAT pautan untuk BLOG kedua saya. Semua POST bermula 2014 ada di sini. http://redmagicpotion.blogspot.com/

OTAK MAHU MAKAN

MAKANAN OTAK

Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan terbaik. Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.



Buah Berri

Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Tambahan, sumber berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.


Tiram

Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.


Sumber Ikan

Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.


Koko

Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.


Bijian dan kekacang

Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.



Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

Ihsan dari http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/202645/5-makanan-otak

********************************************************************************
Produk shaklee:

1) Zinc complex :
>>meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.
>>mengatasi masalah keguguran rambut dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
>>membantu meningkatkan kesuburan

2) Omega guard:
>>menguran penyakit kardiovaskular
>>memelihara tekanan darah dan paras kolestrol yang normal.
>>memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

3)Vitamin E complex:
>>anti oksidan larut lemak yang menyokong kesihatan jantung dan prostat
>>meningkatkan fungsi peparu, kolon dan imunisasi badan.
>>menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan.
>> Baik untuk kulit

4) B complex:
>>mengandungi 8 jenis vitamin B
>>membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting lain
>>membantu menukarkan makanan kepada tenaga
>>mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan.


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

************************************************************************
Hubungi:
Noris 012 9620602
norismawati@yahoo.com.my
Shaklee Independent Distributor [id 845715]
************************************