.

KEKAL CANTIK DAN SIHAT pautan untuk BLOG kedua saya. Semua POST bermula 2014 ada di sini. http://redmagicpotion.blogspot.com/

JADUAL MENGEPAM SUSU BUAT IBU BARU

 Jadual Mengepam Susu Buat Ibu Baru

Ada kenalan baru, sis Eka yang masih dalam pantang, bertanyakan bagaimana jadual pengepaman saya semasa dalam pantang sehingga dapat buat stok yang banyak (Alhamdulillah)? Jadi, kita kongsi-kongsi di sini lah ya, Eka? ;)





Begini, pada awal-awal kelahiran baby, saya mengalami puting melecet yang sangat kronik di kedua-dua belah payudara. Luka merah-merah di sekeliling, sehinggakan saya akan pejamkan mata dan ketap bibir kuat-kuat setiap kali feeding. Baby belum pandai latch on, dan asyik tidur sahaja kerana beliau breastfeeding jaundice (my Hannah jaundice sehingga berumur 2 bulan seminggu!).


Sapuan air susu ibu tak jalan dalam kes saya nie, saya bergantung sepenuhnya dengan Bephanthen, beserta doa yang tak putus-putus. Sakit giller, okeh...

Siapa kata BreastFeeding nie senang? :p


Owh yaa, buat ibu-ibu baru, saya sangat mencadangkan Bephanthen ini jika anda turut menghadapi puting melecet (sore nipple) kerana, ia adalah selamat untuk baby dan anda tak perlu nak bersihkan nipple setiap kali feeding. Saya dah membelinya sebelum baby lahir lagi, dan kami masih menggunakannya hingga kini. Tambahan pula, boleh juga digunakan sebagai diaper rash, 2-in-1 gitu. Saya akan sapu Bephanthen sebelum dan selepas feeding, dan apabila saya teringat, kira kerap juga lah.

Alhamdulillah, masuk minggu ke-3, luka beransur pulih.

Jadinya, saya mula memerah susu apabila baby genap sebulan. Lagipon, beberapa pendapat mengatakan yang susu ibu akan mula stabil selepas kelahiran baby ke-30 hari. Being a first-time pumping mom, saya ikut ajer lah, kan. Namun, jika anda yakin dan kuat semangat, boleh jerr mulakan seawal baby berusia 2 minggu. Pernah ada seorang kenalan yang memiliki 200++ stok EBM sejurus naik kerja. Memang pumping bersungguh-sungguh ibu tersebut.

Okey, ini jadual yang saya amalkan, ya. Saya gunakan Spectra 3 double pumping, purata pumping ialah 15 minit per session, dan wajib dapat 2x let down reflex.

Jadual pumping di dalam pantang.

(1) Pagi 1x double-pumping (antara waktu Subuh dan sebelum mandi pagi). Saya dapati susu pada waktu pagi-Subuh nie adalah lebih banyak berbanding waktu-waktu yang lain.
(2) Anytime within the day di mana baby kenyang dan terus tertido dengan sebelah B sahaja. Jadi, wajib kosongkan B yang lagi satu.

Selalunya saya akan kumpul perahan ini sedikit demi sedikit di dalam peti sejuk (yelah, kadang-kadang dapat 1oz jerr, sebab tetiba baby bangun nak menyusu, ataupon si abang tiba minta bancuh susu ker, hehe). Keesokan paginya baru saya asingkan dalam EBM liner, dan di sejuk bekukan mengikut sukatan saya.


Saya tahu teori yang menyatakan perlu kosongkan breast at least 3 jam sekali, namun, being a mom yang ada seorang lagi toddler yang sangat memerlukan perhatian, plus nak masak, bagi anak dan diri sendiri makan etc, saya dapati teori itu tidak berapa praktikal untuk saya di dalam pantang. Buat tambah stress, adalah. Jadinya, saya pam bila masa terluang. Tapi takpe, Baby sentiasa ada, so, no hal! ;)


Jadual pumping selepas naik kerja.

Firstly, jangan terkejut sekiranya di hari pertama kerja anda akan dapat rasakan let-down berulang kali! Masih saya ingat lagi saya baru jerr buat double-pumping jam 530 pagi tue, susukan baby around 6 pagi, dan by jam 7 dah boleh rasa let-down. Dan, 2-3 kali let-down sampailah saya mulakan 1st session pumping jam 9 pagi tue. Subhanallah, sangat heaven rasanya!

So, jangan lupa pakai breast pad ke ofis ya, kawan-kawan... ;)


Ini berlaku kerana body kita masih lagi adjust dengan suasana baru, yakni kita perlukan routine pumping schedule, instead of non-stop and continuous demand from baby seperti mana masa kita di rumah. Jadi bila di rumah tue, selalunya akan rasa let-down bila baby sedang menyusu sahaja. Jarang rasa let-down in between feeding time. Nak-nak kalau baby yang kuat menyusu (almost setiap 1.5 ke 2 jam seperti my Hannah).

Dalam masa sebulan lepas naik kerja, badan saya masih belum dapat adapt dengan suasana baru. So, satu hari saya akan pam sebanyak 5 kali. Sangat gigih sebab nak stimulate B selalu.

Ini jadual saya (Work and Pump):
(1) 5:00 pagi - selepas direct feeding, kosongkan payudara sekosong-kosongnya.
(2) 7:30 pagi - sampai jerr ofis terus pam. Masa di ofis agak terhad, so, saya taknak kacau jadual kerja. Better start 1st session sebelum official working hours.
(3) 11:00 pagi - my lunch break.
(4) 3:00 ptg - short-break for Zohor.
Note: Jam 7 petang saya tiba di rumah bersama baby, dan akan terus direct feeding.
(5) 11:00 mlm - lepas baby tidur.

Hasil EBM pula adalah berlainan bagi setiap ibu ya. In my case, Alhamdulillah, setiap hari ada extra 2 atau 3 botol EBM untuk di frozen kan. Bekalan Hannah ialah 6x3oz sehari. Jadinya, freezer saya memang penuh dengan EBM sahaja, sampaikan hubby bising sebab dia tak boleh nak beli ais krim sebagai stok di rumah (*peace* abang!). Hehehe.

Owh ya, pumping di hujung minggu juga wajib, especially pada waktu Subuh tue.

Lama kelamaan, especially bila baby dah menginjak ke 5-6 bulan hinggalah beliau ke 2 tahun, demand pon bertambah, dan saya pam 3x sehari sahaja, di ofis. Balek kerja ja dah tak boleh nak perah untuk buat stok, baby tak bagi. Hehe. Tapi, masih lagi pam di rumah pada waktu pagi di hujung minggu, atau bila-bila waktu yang Free.

Kadang-kadang, saya buat juga Power Pumping, bila dapati susu merudum. Yang saya buat ialah, pam 10 minit-break 10 minit-pam 10 minit-break 10 minit selama sejam. Selalunya sambil browsing lahh, dan sewaktu baby tidur. Alhamdulillah, ini juga membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu.


Penat kan jadi work-and-pump mom nie? Apatah lagi macam saya yang perlu usung bag Spectra 3 tue naik tren setiap hari, terkejar-kejar ke sana ke mari, fuhhh! Rasa ada dalam 5kilo gak bag tue, especially apabila campur denagn EBM. Sengal bahu nie! :p

Ini juga yang menyebabkan saya memilih untuk consume supplements. Bukan sekadar sebagai milk booster, tapi sebagai seorang ibu, saya perlukan nutrients intake yang cukup agar saya boleh menjadi ibu yang kuat, bertenaga & sihat pada anak-anak, dan tak lupa tanggung jawab sebagai isteri di rumah *wink*.

Siapa yang dah cuba
Shaklee BreastFeeding Set kami, pasti faham maksud saya~


Credit to Genkimomma


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?



Hubungi kami di norismawati@yahoo.com.my, atau SMS ke 012-9620602 (Noris) untuk mendapatkan harga istimewa. Jom add FaceBook https://www.facebook.com/norismawati.ishak untuk mendapatkan PROMOSI hebat & TIPS kesihatan terkini dari kami!
http://thousandofhealth.blogspot.com