Keperluan
Vitamin dan Mineral Pada Wanita
Banyak
artikel yang menyatakan tentang kepentingan diet harian yang kaya dengan sumber
buah-buahan segar dan sayur-sayuran untuk mengurangkan risiko pelbagai
penyakit, termasuk beberapa jenis kanser. Walaupon masih banyak penyelidikan
sedang di jalankan, namun, kebanyakan saintis bersependapat bahawa keperluan Vitamin A, C dan E sangat penting
untuk memperbaiki kesihatan secara umumnya, memperkuatkan sistem imun dan
melambatkan pertumbuhan atau progres penyakit.
Antara VITAMIN DAN MINERAL ASAS yang
diperlukan oleh wanita ialah:
(1) Vitamin A & Beta Carotene (di Shaklee dikenali sebgai CarotoMax)
Sumber : Buah oren, lobak, labu, dan sayuran hijau gelap seperti bayam dan brokoli.
Khasiat : Baik untuk mata & mencegah kanser.
(2) Vitamin C
Sumber : Buah oren, strawberi dan tomato.
Khasiat : Sumber kolagen, penyembuhan luka, memperbaiki antibodi dan sumber antioksida yang sangat mantap (Powerful antioxidants!). Keperluan vitamin C bertambah apabila seseorang menghadapi tekanan, dan bagi golongan warga emas (orang-orang tua).
(3) Vitamin D
Wanita yang jarang keluar dari rumah, terutama bagi mereka di negara 4 musim, iaitu di musim sejuk, mempunyai risiko kekurangan Vitamin-D yang serius.
Khasiat : Vitamin D membantu penyerapan kalsiumd i dalam badan.
Jumlah Vitamin D yang dicadangkan setiap hari ialah sebanyak 400 IU (bersamaan 250ml susu kalsium tinggi).
(4) Vitamin E
Sumber : Sejenis vitamin larut lemak yang banyak didapati di dalam bayam, kekacang, biji bunga matahari dan minyak sayuran.
Khasiat : Sumber antioksida, bantu stimulasi sistem imun badan, bantu dalam rawatan penyakit berkaitan kardiovaskular dan kanser.
Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan berpenyakit jantung yang kuat, adalah digalakkan untuk mengambil sebanyak 400 IU Vitamin E setiap hari.
(5) Kalsium
Sumber : Susu dan produk tenusu.
Khasiat : Pembentukan tulang, gigi dan darah.
Persatuan Osteoporosis Kanada mencadangkan orang dewasa agar mengambil 1000mg-1500mg kalsium setiap hari. Jika anda tidak dapat memenuhinya melalui pemakanan harian, anda perlu dapatkan melalui pemakanan tambahan.
*Artikel ini telah saya olah ke Bahasa Melayu dari artikel asal di
saveonfoods.
Jadi, bagaimanakah keperluan vitamin dan mineral di atas dapat anda penuhi melalui
PEMAKANAN TAMBAHAN SHAKLEE?
(1) Vitamin A & Beta Carotene :
Di Shaklee di kenali sebagai CarotoMax. Sebelum ini dikenali sebagai Beta Carotene. Namun, hasil penyelidikan berterusan di makmal Shaklee, Beta Carotene kami telah di formulasi dan di naik tarafkan, dan diberi nama sebagai CarotoMax, yang khasiatnya semestinya lebih baik daripada Beta Carotene sebelum ini.
(2) Vitamin C :
Di Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vit-C, yang mempunyai 500mg khasiat Vitamin-C untuk setiap biji Vit-C, di mana setiap biji pula bersamaan dengan 6.5 biji buah Oren. Ia dipanggil "Sustained Release" kerana hanya akan dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan.
Di Shaklee di kenali sebagai CarotoMax. Sebelum ini dikenali sebagai Beta Carotene. Namun, hasil penyelidikan berterusan di makmal Shaklee, Beta Carotene kami telah di formulasi dan di naik tarafkan, dan diberi nama sebagai CarotoMax, yang khasiatnya semestinya lebih baik daripada Beta Carotene sebelum ini.
(2) Vitamin C :
Di Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vit-C, yang mempunyai 500mg khasiat Vitamin-C untuk setiap biji Vit-C, di mana setiap biji pula bersamaan dengan 6.5 biji buah Oren. Ia dipanggil "Sustained Release" kerana hanya akan dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan.
(3) Vitamin D & Kalsium :
Di Shaklee dikenali sebagai OsteMatrix, iaitu gabungan Kalsium-Magnesium, dan dilengkapi dengan Vitamin D. Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari. Jangan risau, jika anda lupa berapa biji yang perlu anda ambil, ada tercatat pada label botol OsteMatrix tersebut yang anda perlu ambil 4 biji OsteMatrix setiap hari, dan lengkap dengan fakta suplemen nya.
"Kenapa Shaklee tak buat sebiji 'gedabak' terus macam Vita-Lea? Leceh laa nak kena makan 4 biji pulak."
Haaa, pernah terdetik sebegitu?
Inilah keunikan Shaklee. Anda boleh tentukan berapa jumlah kalsium-magnesium dan Vitamin D yang anda perlukan setiap hari. Andaikan, anda dah minum segelas susu penuh tinggi kalsium pada waktu pagi, tak perlulah anda makan sampai 4 biji. Anda kira sendiri, dan dapatkan baki jumlah kalsium & vitamin D harian yang anda perlukan melalui OsteMatrix. Kalau buat sebiji besar terus nanti, takkan anda mahu kerat 4 pula kan? Tak hygiene & accurate nanti. Maka, sebab itulah OsteMatrix didatangkan dalam sebiji pil yang comel, yang lengkap dengan khasiat Kalsium-Magnesium-Vitamin D dan banyak lagi yang mudah untuk anda ambil.
(4) Vitamin E:
Di Shaklee dikenali sebgai Vitamin E Complex. Ini paling best kerana sebiji Vit-E Shaklee memang dah lengkap dengan 400 IU Vitamin-E. Tak perlu nak ambil banyak-banyak kapsul Vit E.
(5) B-Complex:
Walaupon artikel itu tidak menyatakan tentang kepentingan B Kompleks, saya ingin galakkan pengambilan B Kompleks ini, bukan sahaja buat wanita, malah untuk kaum lelaki juga. B Kompleks tidak boleh dihasilkan di dalam badan, dan khasiatnya sangat penting buat badan kita, yakni - penting untuk saraf, penenang saraf, anti stress, bakar makanan kepada tenaga, melawaskan sistem penghadaman dan juga penting bagi pesakit diabetes.
*Credit to GenkiMomma
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi kami di norismawati@yahoo.com.my, atau SMS ke 012-9620602 (Noris) untuk mendapatkan harga istimewa. Jom add FaceBook https://www.facebook.com/norismawati.ishak untuk mendapatkan PROMOSI hebat & TIPS kesihatan terkini dari kami!
http://thousandofhealth.blogspot.com
http://thousandofhealth.blogspot.com