Q: Kenapakah saya perlukan asid folik?
A: Asid folik
menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida
terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan
sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
Q: Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
A:
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan
mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda
makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai
seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini,
doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Q: Apakah sumber makanan yang terbaik?
A:
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Untuk
maklumat lanjut mengenai sumber semulajadi yang kaya dengan folat, anda boleh
lawati BabyCenter Malaysia.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Credit to Genkimomma
________________________________________________________________________
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi kami di norismawati@yahoo.com.my, atau SMS ke 012-9620602 (Noris) untuk mendapatkan harga istimewa. Jom add FaceBook https://www.facebook.com/norismawati.ishak untuk mendapatkan PROMOSI hebat & TIPS kesihatan terkini dari kami!
http://thousandofhealth.blogspot.com
http://thousandofhealth.blogspot.com